BANDARAYA GAZA: Kira-kira 10 rakyat Palestin termasuk
seorang kanak-kanak, terbunuh dalam serangan Israel di sekitar Semenanjung Gaza
pagi ini, menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 1,822 orang.
Jurucakap perkhidmatan kecemasan Gaza, Ashraf al-Qudra
berkata lima orang terbunuh di Jabalia di utara, tiga di kawasan sekitar
bandaraya Gaza di Zeitun dan Sheikh Radwan, seorang di Nuseirat dan seorang
kanak-kanak terbunuh di bandaraya Rafah di selatan.
Askar Israel menyerang 4,686 sasaran di Semenanjung Gaza
dalam konflik yang bermula pada 8 Julai lalu. - AFP

No comments:
Post a Comment