Saturday, 19 July 2014

Resepi Kuih Kaswi


Hai semua, hari ni teringin plak nak buat kuih kaswi jom search resepi at Mr Google

Bahan-bahan ( Loyang 12inch )
  • 500g Tepung gandum
  • 150g Tepung kanji ( CPT mula2 tak tahu tapi rupa2 nya tepung ubi hehehehehe :-) )
  • 300g Gula melaka
  • 150g Gula pasir kurangkan jika mahu less manis
  • 2 sudu makan warna coklat (CPT tak letak pun)
  • 4 sudu makan air kapur
  • 1biji kelapa parut putih+1/2 sudu kecil garam dikukus 10minit
  • 2 helai daun pandan
  • 60oz atau 1700g air
Cara-cara
  1. Gula melaka,gula pasir,daun pandan dan air dimasak hingga gula hancur.Tapis dan biar sejuk.
  2. Kemudian campur kedua tepung,air kapur dan warna,kacau rata,tapis.
  3. Sapu minyak diloyang atau acuan.Kukus adunan api sederhana,40-45 min loyang atau 10 minit acuan kecil.
Jom semua cuba masak kuih ni senang je...hehehehehe

Friday, 18 July 2014

SEMANGAT BARU

Assalamualaikum...

Kepada semua blogger hari ni saya dah ada azam baru untuk aktif dalam blog hahaha...saja nak jadikan semanagat hidup ini sebagai pedoman kepada semua...Banyak yang saya nak cerita...Sekarang dah hampir dua tahun bergelar isteri kepada si suami.. Tapi masih belum ada rezeki lagi tapi  Puteri sulung yang dianugerahkan dari perkahwinan sebelum ini adalah sinar dan cahaya yang ada dalam hidup kami. 

Saya beruntung dianugerahkan suami yang memahami dan suami yang menerima saya seadanya. Walaupun terdapat insan yang memburukkan nama saya, saya tak kisah pun sebab yang penting family n suami saya faham sistuasi sebenar. suka tengok cerita "Bangkitnya Seorang Perempuan" banyak yang sama tentang hidup saya. n perempuan jahat tu juga ada dalam hidup saya. perempuan yang membawa cerita tanpa tahu hal sebenar. dan orang kampung yang cuma tahu mendengar dan mengiyakan sahaja.


HAHAHA stress mak...

Biar la mereka yang penting sekarang kami bahagia dan dia hahaha.. Bahagia ke.. kini saya sudah ada kerjaya saya sendiri. tidak perlu mengharap kepada sesiapa.


tapi apa-apa pun... thnk to allah swt kerna dia yang mencorakkan kehidupan saya